Tuesday, October 11, 2016

KERJA PAIP

1.SISTEM BEKALAN AIR:-

  • TERUS-TIDAK ADA TANGKI SIMPANAN AIR
  • TIDAK TERUS-ADA TANGKI SIMPANAN AIR
2.JENIS PAIP YG TERDAPAT PADA TANGKI SIMPANAN AIR:-
  • PAIP PERHUBUNGAN
  • PAIP PERKHIDMATAN
  • PAIP AGIHAN 
  • PAIP LIMPAH
  • PAIP CUCI
3.JENIS PAIP:-
  • BG
  • PVC
  • POLI
4.PENYAMBUNG PAIP
  • SOKET SAMA
  • SOKET PENGECIL
  • SIKU 90 SAMA
  • SIKU 90 PENGECIL
  • TEE SAMA
  • TEE PENGECIL
  • PUTING HEKSAGON
  • PENYUAI SOKET INJAP
  • PENYUAI SOKET PT
  • SOKET PENJODOH
  • PALAM
  • NAT PENGUNCI
5.BAHAN PEMASANGAN:-
  • PITA PTFE
  • GLU PAIP PVC
6.ALATAN TANGAN:-
PITA PENGUKUR, PEMOTONG PAIP BERODA, PERENGKUH PAIP,GERGAJI BESI,SEPANA BOLEH LARAS,KIKIR RATA, KIKIR BULAT,RAGUM PAIP YOKE,PEMOTONG PAIP PVC DAN PLAYAR CENGKAM SERIBU


7.JENIS TANGKI SIMBAH:-
  • TANGKI SIMBAH ARAS TINGGI
  • TANGKI SIMBAH ARAS RENDAH

8.JENIS PILI:-
  • PILI BERBIBIR
  • PILI BERTIANG
9.JENIS PERANGKAP:-
  • PERANGKAP JENIS P
  • PERANGKAP JENIS S
  • PERANGKAP JENIS BOTOL

TANAMAN HIASAN

1. NISBAH MEDIUM SEMAIAN :-
2BHG TANAH LOAM:1BHG BAHAN ORGANIK:1BHG PASIR SUNGAI

2. NISBAH MEDIUM PENANAMAN:3:2:1@7:3:2
3BHG TANAH LOAM:2BHG BAHAN ORGANIK:1BHG PASIR SUNGAI
7BHG TANAH LOAM:3BHG BAHAN ORGANIK:2BHG PASIR SUNGAI

3.JENIS KERATAN BATANG:-

  • KERATAN KAYU LEMBUT- CONTOH POKOK JEJARI HANTU
  • KERATAN KAYU SEDERHANA- CONTOH BUNGA RAYA
  • KERATAN KAYU KERAS- CONTOH ANGSANA
4.CIRI -CIRI  PEMILIHAN POKOK HIASAN DIBIAK MELALUI  KERATAN BATANG:-

  • SIHAT
  • DARIPADA INDUK YANG BAIK
  • BEBAS DARIPADA PENYAKIT DAN PEROSAK
5.MENYEDIAKAN KERATAN BATANG:-
  • DAHAN BERDIAMETER 1CM-1.5CM
  • POTONG DAHAN SEPANJANG 10-15CM
  • BAHAGIAN PANGKAL DIPOTONG SERONG
  • BUANG  DAUN SEBAHAGIAN UTK KERATAN KAYU  SEDERHANA.
  • BUANG SEMUA DAUN UTK KERATAN KAYU KERAS
  • TIDAK PERLU BUANG DAUN UTK KERATAN KAYU LEMBUT. 
6. MENYEMAI KERATAN DENGAN MEMBASAHKAN KERATAN DAN CELUP DALAM BOTOL YANG MENGANDUNGI SERBUK  HORMON PENGAKARAN.

7.DENGAN MENGGUNAKAN RANTING KAYU BUAT LUBANG DAN CUCUK 2/3 KERATAN KAYU KE DALAM MEDIUM SEMAIAN.SIRAM DAN LETAK DI TEMPAT TEDUH.

8.PENJAGAAN ANAK POKOK:-
  • MERUMPUT-ELAK PERSAINGAN
  • MEMBAJA-MEMBEKAL NUTRIEN
  • MENYIRAM-BEKAL AIR DAN ELAK TIDAK LAYU
  • MENGGEMBUR TANAH-BAIKI SALIRAN DAN PENGUDARAAN


PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1.LANGKAH PENUBUHAN:-

  • PERANCANGAN PERNIAGAAN
  • DOKUMEN UNTUK MENDAFTAR PERNIAGAAN-BORANG A DAN BORANG PNA 42,BORANG LESEN
  • MENDAPATKAN MODAL-SIMPANAN ATAU PINJAMAN


2. PENGENDALIAN DAN KAWALAN PERNIAGAAN

  • SUMBER BEKALAN STOK
  • KAWALAN PERNIAGAAN-PENGURUSAN STOK,PEKERJA,MASA, WANG
  • PENYATA ALIRAN TUNAI




CARA MENYEBUT HURUF


PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

1.APA MAKSUD:-
i) KEPERLUAN
ii) KEHENDAK
iii) PENIAGA
iv)PERNIAGAAN

2. MENGENAL PASTI KEPENTINGAN PERNIAGAAN.

3.APAKAH BENTUK PERNIAGAAN MASA DAHULU?
sistem barter-tukar barang
sistem wang

4.APAKAH BENTUK PERNIAGAAN MASA KINI?
jualan melalui internet
kad prabayar
sistem barter berasaskan wang
tunai,pesanan mel
sewa beli.mesin peruncitan


5.APAKAH BENTUK PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG?
Urus niaga melalui komputer,
Penggunaan kod
Cara pembayaran yang lebih mudah

6.APAKAH ALAT PEMBAYARAN MASA KINI?
wang tunai, kad kredit, cek, kad pintar,E-pay

7.BENTUK PERNIAGAAN:-
i) perniagaan barang
ii) perniagaan perkhidmatan.

8. JENIS PERNIAGAAN
i)perniagaan  dalam negeri
ii)perniagaan antarabangsa-eksport, import dan entreport.

9. APAKAH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERNIAGAAN?

  • KEADAAN EKONOMI
  • PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
  • PESAING
  • PEMBEKAL,PENGUSAHA,
  • PELANGGAN 
  • TEKNOLOGI
10. JENIS MILIKAN PERNIAGAAN

  • TUNGGAL-(1 ORANG)
  • PERKONGSIAN -(2-20 ORANG)
  • SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (2-50 ORANG) 
  • SYARIKAT AWAM BERHAD (TIADA HAD)
  • KOPERASI (TIADA HAD)



Monday, October 10, 2016

JIRIM

1.Semua benda hidup dan bukan hidup terdiri daripada jirim.
2..Jirim mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
3.Jirim terdiri daripada zarah-zarah kecil dipanggil atom atau molekul.
4.Jirim wujud dalam tiga keadaan:-
a)pepejal-zarah tersusun rapat,bentuk tetap, daya tarikan antara zarah sangat kuat.
b)cecair-zarah tersusun longgar,tidak teratur,bentuk mengikut bekas dan daya tarikan antara zarah tidak begitu kuat.
c) gas-zarah terpisah jauh,ruang yang besar mudah dimampatkan,tidak mempunyai isipadu yang tetap boleh memenuhi seluruh ruang.
5.Ketumpatan ialah jisim per unit isipadu.
6. Bahan yang lebih tumpat akan tenggelam dalam cecair yang kurang tumpat daripadanya.
7. Bahan yang kurang tumpat akan timbul atau terapung di dalam cecair yang lebih tumpat daripadanya.

Sel sebagai unit asas hidupan.

1.Semua benda hidup terdiri daripada sel yang merupakan unit asas hidupan.
2. Sel haiwan terdiri daripada sitoplasma, nukleus dan membran sel.
3. Sel tumbuhan mempunyai sitoplasma, membran sel, nukleus, dinding sel, vakuol dan kloroplas.
4. Struktur dalam sel mempunyai fungsi tertentu:-
a)nukleus-mengawal semua aktiviti sel.
b)sitoplasma-menyimpan bahan terlarut
c)membran sel-melindungi sel dan mengawal masuk dan keluar bahan terlarut melaluinya.
d)dinding sel-melindungi dan memberi bentuk tetap kepada sel.
e)kloroplas-mengandungi klorofil utuk menyerap cahaya matahari
f)vakuol- mengandungi sap sel yang terdiri daripada bahan terlarut.
5. Organisma unisel-benda hidup yang terdiri daripada satu sel sahaja.
6.Contoh haiwan unisel-amoeba, paramecium
7. Contoh tumbuhan unisel-yis,euglena,klamidomonas.
8.Organisma multisel ialah benda hidup yang terdiri daripada banyak sel.
9. Contoh haiwan multisel-ikan ,arnab,burung.
10.Contoh tumbuhan multisel -hidra,paku pakis,spirogira
11. Badan manusia terdiri daripada  pelbagai jenis sel yang mempunyai  sifat tertentu dan funsi tertentu.
12.Contoh sel manusia:-
a)sel saraf-menerima dan menghantar impuls ke otak.
b)sel darah merah-mengangkut oksigen
c)sel darah putih-melindungi badan daripada serangan mikroorganisma.
d)sperma,ovum-untuk pembiakan
e)sel otot-mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan.
f)sel tulang- untuk sokongan dan melindungi organ
13. Organisasi sel badan manusia adalah seperti berikut:-
sel   ---tisu--- organ---sistem---manusia.



Selamat Menjawab Kertas Sains PT3 pada 11/10/2016.Semoga Berjaya!

REVISI CEPAT SAINS TINGKATAN 1

MEMAHAMI SAINS
1.Fenomena alam-segala kejadian yang berlaku dalam alam semula  jadi yang melibatkan benda hidup atau benda bukan hidup.
2.Sains adalah ilmu untuk memahami perkembangan di sekeliling kita.
3.Terdapat pelbagai bidang sains seperti sains gunaan, sains komputer, sains alam sekitar,
4.Kaedah saintifik ialah satu kaedah yang dilakukan mengikut peraturan dan prinsip sains yang tepat,teratur dan sistematik.
5. Penyiasatan saintifik dilakukan mengikut urutan di bawah:-
a) mengenal pasti masalah
b)membuat hipotesis-suatu cadangan pendapat.
c)merancang penyiasatan.
d)mengawal pemboleh ubah-dimanipulasi,ditetapkan dan bergerakbalas
e)menjalankan penyiasatan-mengumpul data, menganalisis data, mentafsir data dan membuat kesimpulan.
f)membuat laporan.
6.Kuantiti fizik dalam pengukuran adalah panjang, jisim, masa, suhu, arus dan berat.
7.Unit S.I digunakan oleh semua saintis di dunia.Iaitu meter,kilogram, saat,Kelvin,ampere dan Newton.
8. Konsep berat ialah daya tarikan graviti yang bertindak ke atas objek. Berat objek boleh berubah bergantung kepada tempat.Disukat dengan menggunakan neraca spring atau neraca mampatan.Unit S.I bagi berat ialah Newton.
9. Jisim suatu objek adalah kuantiti jirim yang terkandung dalam objek tersebut. Ia adalah tetap walau dimana berada.Tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti.Unit S.Ibagi jisim  ialah kilogram.Disukat dengan menggunakan neraca tuas,neraca tigaalur, neraca dwialur, neraca kimia,neraca palang dan penimbang elektronik.
10.Panjang garis lurus diukur dengan menggunakan pembaris,Garis lengkung diukur dengan benang dan pembaris. Peta diukur dengan alat opisometer.
11. Isipadu cecair disukat dengan menggunakan silinder penyukat, buret, pipet dan kelalang volumetri.
12. Diameter dalam sesuatu bekas diukur dengan angkup dalam dan pembaris. Diameter luar bekas diukur dengan menggunakan angkup luar dan pembaris.