Monday, October 10, 2016

Selamat Menjawab Kertas Sains PT3 pada 11/10/2016.Semoga Berjaya!

REVISI CEPAT SAINS TINGKATAN 1

MEMAHAMI SAINS
1.Fenomena alam-segala kejadian yang berlaku dalam alam semula  jadi yang melibatkan benda hidup atau benda bukan hidup.
2.Sains adalah ilmu untuk memahami perkembangan di sekeliling kita.
3.Terdapat pelbagai bidang sains seperti sains gunaan, sains komputer, sains alam sekitar,
4.Kaedah saintifik ialah satu kaedah yang dilakukan mengikut peraturan dan prinsip sains yang tepat,teratur dan sistematik.
5. Penyiasatan saintifik dilakukan mengikut urutan di bawah:-
a) mengenal pasti masalah
b)membuat hipotesis-suatu cadangan pendapat.
c)merancang penyiasatan.
d)mengawal pemboleh ubah-dimanipulasi,ditetapkan dan bergerakbalas
e)menjalankan penyiasatan-mengumpul data, menganalisis data, mentafsir data dan membuat kesimpulan.
f)membuat laporan.
6.Kuantiti fizik dalam pengukuran adalah panjang, jisim, masa, suhu, arus dan berat.
7.Unit S.I digunakan oleh semua saintis di dunia.Iaitu meter,kilogram, saat,Kelvin,ampere dan Newton.
8. Konsep berat ialah daya tarikan graviti yang bertindak ke atas objek. Berat objek boleh berubah bergantung kepada tempat.Disukat dengan menggunakan neraca spring atau neraca mampatan.Unit S.I bagi berat ialah Newton.
9. Jisim suatu objek adalah kuantiti jirim yang terkandung dalam objek tersebut. Ia adalah tetap walau dimana berada.Tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti.Unit S.Ibagi jisim  ialah kilogram.Disukat dengan menggunakan neraca tuas,neraca tigaalur, neraca dwialur, neraca kimia,neraca palang dan penimbang elektronik.
10.Panjang garis lurus diukur dengan menggunakan pembaris,Garis lengkung diukur dengan benang dan pembaris. Peta diukur dengan alat opisometer.
11. Isipadu cecair disukat dengan menggunakan silinder penyukat, buret, pipet dan kelalang volumetri.
12. Diameter dalam sesuatu bekas diukur dengan angkup dalam dan pembaris. Diameter luar bekas diukur dengan menggunakan angkup luar dan pembaris.

No comments:

Post a Comment