Monday, October 10, 2016

Sel sebagai unit asas hidupan.

1.Semua benda hidup terdiri daripada sel yang merupakan unit asas hidupan.
2. Sel haiwan terdiri daripada sitoplasma, nukleus dan membran sel.
3. Sel tumbuhan mempunyai sitoplasma, membran sel, nukleus, dinding sel, vakuol dan kloroplas.
4. Struktur dalam sel mempunyai fungsi tertentu:-
a)nukleus-mengawal semua aktiviti sel.
b)sitoplasma-menyimpan bahan terlarut
c)membran sel-melindungi sel dan mengawal masuk dan keluar bahan terlarut melaluinya.
d)dinding sel-melindungi dan memberi bentuk tetap kepada sel.
e)kloroplas-mengandungi klorofil utuk menyerap cahaya matahari
f)vakuol- mengandungi sap sel yang terdiri daripada bahan terlarut.
5. Organisma unisel-benda hidup yang terdiri daripada satu sel sahaja.
6.Contoh haiwan unisel-amoeba, paramecium
7. Contoh tumbuhan unisel-yis,euglena,klamidomonas.
8.Organisma multisel ialah benda hidup yang terdiri daripada banyak sel.
9. Contoh haiwan multisel-ikan ,arnab,burung.
10.Contoh tumbuhan multisel -hidra,paku pakis,spirogira
11. Badan manusia terdiri daripada  pelbagai jenis sel yang mempunyai  sifat tertentu dan funsi tertentu.
12.Contoh sel manusia:-
a)sel saraf-menerima dan menghantar impuls ke otak.
b)sel darah merah-mengangkut oksigen
c)sel darah putih-melindungi badan daripada serangan mikroorganisma.
d)sperma,ovum-untuk pembiakan
e)sel otot-mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan.
f)sel tulang- untuk sokongan dan melindungi organ
13. Organisasi sel badan manusia adalah seperti berikut:-
sel   ---tisu--- organ---sistem---manusia.



No comments:

Post a Comment